Smart ICT & Keusahawanan Minggu Keempat

27 Mac 2019 | Ak4tiviti Terkini

Program Smart ICT & Keusahawanan Minggu Keempat ini berlangsung pada hari Selasa iaitu 26 Mac 2019. Program ini diadakan di Bilik Gerakkan Kpg. Selampit yang dihadiri 8 orang peserta daripada komuniti ahli Amanah Iktiar Malaysia Kpg. Selampit. Program ini berlangsung sekitar jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang.

Program ini adalah sambungan dari program minggu ketiga yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan adalah peserta belajar membuat surat rasmi bertajuk “Memohon Cuti Sakit”. Peserta belajar mengunakan format surat rasmi iaitu cara menaip alamat pengirim, garisan, alamat penerima, tarikh, tajuk, kandungan surat, panggilan hormat dan tandatangan pengirim.

Setelah itu, peserta belajar membuat susunan dalam memulakan perniagaan mereka dengan membuat jadual perniagaan mereka. Kelas tamat setelah peserta selesai membuat susunan perniagaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali